Panduan Memilih Web Hosting
Web Hosting June 19th, 2008Bertemu kembali. Sekiranya anda bercadang untuk memulakan perniagaan internet, saya mencadangkan kepada anda sebaiknya gunakanlah web hosting yang berbayar. Mungkin pada peringkat awal anda boleh menggunakan web hosting yang percuma seperti blogger.com, wordpress .com, tripod.com dsb, namun jika anda ingin serius dalam menjalankan perniagaan internet , anda haruslah melaburkan sedikit wang untuk mendapatkan servis web hosting yang berbayar ini.
Pertama sekali anda kenalah faham apakah yang dimaksudkan dengan web hosting. Sekiranya anda sudah memiliki nama domain anda seperti contoh- www.domainanda.com, anda kena mencari dimanakah tempat untuk anda melatakkan nama domain anda ini.
Tempat untuk anda meletakkan nama domain anda inilah yang dipanggil web hosting. Setelah membuat pembayaran ataupun sewaan barulah anda boleh meletakkan nama domain anda tadi di web hosting, dan inilah yang baru membolehkan orang ramai melawati blog/web site anda Penggunaan web hosting yang berbayar ataupun percuma ini, adalah seumpama anda menyewa ataupun memiliki ruang perniagaan di internet
Disini saya nak berkongsi dengan anda beberapa tips yang sangat diperlukan sekiranya anda bercadang memilih web hosting
Sekiranya anda membuat carian di google.com ataupun yahoo.com untuk mencari web hosting, anda akan menerima ratusan malah ribuan senaraian mengenai web hosting samada yg beroperasi di malaysia ataupun di luar negara
Semua web hosting yang tersenarai di enjin carian ini mendedahkan akan semua kebaikan dan kelebihan yang akan diberikan kepada anda sekiranya anda mengambil keputusan untuk memilih mereka sebagai web hosting anda. Anda akan kebingugan sekiranya tidak membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum memilih web hosting anda
Namun, anda jangan terpedaya hanya dengan membaca kata-kata iklan mereka sahaja, sebaliknya anda harus mempertimbangakan dan mencuba panduan-panduan berikut
- Sekiranya anda hanya fasih berbahasa melayu, carilah web hosting yang berpengakalan dimalaysia dan staff web hosting ini boleh berbahasa melayu. Ini kerana akan memudahkan anda sekiranaya anda menghadapi masalah dan perlu untuk menghubungi mereka melalui telefon. Contoh web hosting berbahasa melayu adalah seperti http://1001info.net/maxhosting.html
- Cuba ping domain mereka. Cara ini adalah untuk memastikan kelajuan/kepantasan untuk mengakses laman web mereka. Sekiranya kurang daripada 50ms ini menjadi keutamaan anda untuk memilih. Taipkan di C coloum anda seperti ini: C:\>ping namadomainwebhosting.com kemudian Enter. Perhatikan baris terakhir result ping anda
- Cuba hubungi mereka melalui telefon, tanyakan mengenai servis yang mereka berikan, adakah layanan yang anda terima memuaskan hati, kalau terlalu slow feed back yang anda terima lupakanlah mereka
- Gunakan email untuk menghubungi mereka, cuba kesan berapa lama mereka akan mereply email anda. Sekiranya email anda pantas direply oleh mereka, ini bermakna mereka mengutamakan pelanggan mereka
- Cuba sertai mana-mana forum yang ada membincangkan topic mengenai web hosting yang anda cuba untuk pilih. Dapatkan pendapat peserta forum untuk anda membuat penilaian
- Pilih lah yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Kadang2 yang terlalu murah banyak menimbulkan masalah kepada anda dikemudian hari. Anda juga jangan mudah terpedaya dengan harga yang murah, takut2 khidmat sokongan mereka tidak sebaik yang diharapkan
- Mereka juga ada menawarkan pakej seperti add- on- domain paling tidak 3-5 akaun. Ini memberikan anda kelebihan untuk menambah nama domain tanpa mebuat sebarang bayaran tambahan
- Kalau boleh mereka juga memberikan unlimited acc email, ftp acc dan subdomain
- Cari yang dapat memberikan khidmat okongan 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Ini penting kerana sekiranya anda menghadapi masalah dalam penyelengaraan web hosting anda, mereka sedia membantu anda tanpa mengira masa
- Pastikan mereka menggunakan Cpanel untuk memudahkan anda membuat penyelengaraan keatas akaun domain anda. Ada juga web hosting yang menggunakan panel kawalan mereka sendiri yang akibatnya akan menyusahkan anda untuk membuat penyelengaraan
- Keselamatan data anda, ini sangat penting dan anda kena membaca term and condition atau privacy policy mereka. Jangan sampai segala data dan privacy anda terkorban kerana mereka
- Pilihlah yang menawarkan kapasiti dan bandwitch yang seimbang. Kebanyakan web hsoting yang menawarkan pakej harga yang terlalu murah memberikan anda space yang besar tetapi tidak bersesuaian dengan bandwith. Ini akan menyebabkan anda terpaksa mengupgrade accaunt anda, sekali lagi wang anda perlu dilaburkan
Saya memilih untuk mendapatkan servis web hosting yang beroperasi dimalaysia, seperti maxhosting.com.my selama saya menggunakan servis mereka, saya tidak pernah dikecewakan dalam sebarang pertanyaan ataupun khidmat sokongan. Saya juga berpeluang untuk menambah sehingga 5 acc add-on-domain di server mereka tanpa membuat tambahan bayaran. Anda boleh klik di http://1001info.net/maxhosting.html untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai mereka














June 25th, 2008 at 8:52 am
Nice tips..memang penting untuk gunakan webhosting yang stable, aku pun pernah gak ada experience yang tak best dengan local hosting provider. Tanak cakap la sape, moralnye, pilih la yang berdasarkan prestasi, bukan price!