Tips Untuk Blogger
Tip Untuk Blogger July 28th, 2008Mempunyai blog sapa pun boleh, namun yang menjadi masalahnya adalah bagaimana untuk menjaga kualiti blog dan menarik trafik sebanyak dan sesegera yang mungkin. Bagi yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan tambahan mungkin perlu menjadikan tips-tips berikut sebagai rujukan:-
1) Pemilihan topik. Pilihlah topik yang betul-betul anda kuasai, anda sukai, dan topik yang membuatkan anda selalu bersemangat. Dengan cara ini membuat anda tidak akan bosan dan akan membuat pembaca anda selalu tertarik dan terus menerus mengunjungi blog anda
2) Pilih topik yang tidak banyak persaingannya. Jika topik anda terlalu umum, cuba fokus untuk membincangkannya secara lebih spesifik. Sebagai contoh, banyak blog yang membincangkan tentang perniagaan internet, tetapi terlalu sedikit yang mengkhususkan hanya pada Program Affiliate, dan anda boleh khususkan program affiliate itu hanya pada satu-satu program contohnya program affiliate Clickbank sahaja. Ini akan membuatkan blog anda lebih istimewa daripada yang lain kerana kepakaran anda dalam program affiliate clickbank. Kunci kepada kejayaan blog anda adalah kepakaran anda dalam sesuatu bidang yang specifik dan mempunyai peminat dan pengunjung yang setia
3) Sekiranya anda belum mempunyai nama domain anda sendiri, anda boleh daftarkan blog anda di www.blogger.com, ianya sangat mudah untuk digunakan. Untuk cara-cara mendaftar di www.blogger.com anda boleh lihat disini. Namun sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan domain anda sendiri anda boleh daftarkan disini. Saya mencadangkan kepada anda supaya menggunakan domain anda sendiri kerana ia nampak lebih profersional dan anda boleh membina kredibiliti diblog domain anda sendiri. Untuk belajar membina blog dengan domain anda sendiri anda boleh lihat disini
4) Gunakan template yang sederhana, saya lebih menyukai background dengan latar belakang berwarna putih. Format ini lebih mudah dibaca dan lebih menarik di pandangan mata ketika dikombinasikan dengan gambar berwarna. Lebih-lebih lagi ia lebih cepat untuk didisplaykan dibrowser internet anda berbanding dengan latar belakang yang berwarna warni. Pelawat akan mudah untuk meng klik cansel sekiranya blog anda terlalu lambat untuk di buka
5) Gunakan gambar dan video untuk memperindahkan blog anda dan memberi penampilan yang lebih profesional. Anda boleh melihat contoh gambar yang menarik di www.istockphoto.com dan http://www.picsearch.com anda juga boleh downloadkan video yang menarik di www.youtube.com untuk diletakkan di blog anda
6) Buatlah link-link keluar ke blog orang lain dibahagian blogrol side bar blog anda. Paling tidak pun anda boleh link kan ke 10 blog yang berkaitan dengan topik blog anda. Ketika robot mesin pencari meng crawl blog anda, mereka akan menemui link-link ini dan blog anda akan memperolehi manfaatnya.
7) Tulislah dengan bahasa yang sederhana, mudah untuk difahami dengan peranggan yang pendek-pendek. Perenggan yang terlalu panjang akan membuatkan pelawat blog anda menjadi bosan, bahkan membuatkan mereka tidak jadi membacanya. Ini merupakan tips yang sangat penting dalam berblog, dan akan membuatkan setiap posting anda mudah untuk dibaca dan difahami
Selalu membuat link pada sumber-sumber yang anda gunakan untuk membuat posting anda. Ini bukan hanya etika yang baik tapi juga suatu cara untuk mempromosikan blog anda dan mendapatkan link, ketika orang yang anda link menemui bahawa blog mereka sudah dilink, berkemungkinan besar mereka juga akan melinkkan keblog anda dari blog mereka.
9) Pastikan anda sentiasa menulis dengan ejaan dan penggunaan bahasa yang betul, ini akan membuat blog anda kelihatan lebih profesional dan akan memungkinkan peningkatan orang lain untuk membuat link ke blog anda.
10) Sentiasa aktif di forum-forum yang berhubungan dan berkaitan dengan topik blog anda. Cuba berikan bantuan kepada pertanyaan yang ditanyakan oleh ahli forum dengan penuh ikhlas bukan sekadar untuk mempromosikan blog anda sahaja. Tinggalkan alamat url blog anda dibahagian signature, sekiranya anda mampu untuk memberi penyelesaian kepada masalah ahli forum pastinya ada yang akan klik pada url blog anda. Disamping itu buat juga posting berkenaan penyelesaian masalah yang ditanyakan oleh ahli forum di blog anda. Jangan sekali-kali anda cuba untuk membuat spam ataupun mengiklankan link affiliate anda sahaja di ruangan forum
12) Berikan pelawat blog anda peluang untuk mem-bookmark setiap posting anda menggunakan del.icio.us, furl, atau beberapa “bookmarking service” yang lain. dengan cara ini memudahkan pelawat blog anda untuk men-sharing-kan posting blog anda dan mendapatkan relevan traffic ke blog anda.
13) Gunakan Technorati tag pada akhir dari setiap posting blog anda. Technorati tag adalah salah satu cara untuk menggkategorikan setiap posting anda dan mempromosikannya kepada pengunjung internet.
14) Teruskan menulis dan mengupdate blog anda, berikan tumpuan kepada setiap contents yang ditulis dan jangan hiraukan pasal earning affiliate ataupun adsense sebaliknya fikirkan bagaimana hendak membawa traffic ke blog anda
15) Kerapkanlah diri anda melawati blog orang lain dan memberikan komen yang positif, kadang-kadang komen yang kontroversi juga boleh membawa trafic kepada blog anda
16) Pingkan url blog anda di feedburner.com, caranya register di feedburner, kemudian masukkan alamat url blog anda kemudian klikkan next untuk burn. Selepas itu anda akan diberikan alamat url seperti ini feeds.feedburner.com/NamaBlogAnda, kemudian submitkan url ini ke feedage.com. Di feedage.com ini sangat-sangat membantu dari segi indexed dan ranking blog anda dengan baik
Bagaimana feedage membantu anda?
feedage menggunakan url http ://www.feedage.com/feeds/noidfile/tajuk RSS Feeds.
Maka dengan ini, ia membantu dari segi SEO di mana laman web anda di feed kan dengan url yang mesra SE.
Diharapkan segala tips yang dinyatakan diatas ini akan dapat membantu anda dalam berblog dengan lebih baik lagi














July 28th, 2008 at 4:02 pm
tips yang bagus..tq
July 30th, 2008 at 2:19 am
July 31st, 2008 at 9:25 am
hoho..tips yang menarik. arasanya ramai yang tak wat lagi.
September 19th, 2008 at 6:07 pm
Artikal yang berkualiti! Pembaca “mengunjungi” blog anda adalah bertujuan mendapat informasi yang bermanfaat dan bermotivasi! Oleh itu, anda haruslah memberi maklumat yang terkini dan berkualiti.
To Your success
Bryan Hee