Satu laman web baru yang diketuai bekas jurutera Google dilancarkan awal minggu ini dengan sasaran untuk mengatasi peneraju enjin carian internet dunia itu dari segi saiznya.

Bagaimanapun, syarikat itu berdepan dengan cabaran yang sukar untuk mengubah tabiat melayari laman web di kalangan pengguna.

Cuil Inc menawarkan perkhidmatan carian di laman web http://www.cuil.com dan syarikat itu berkata ia mampu mengindeks dengan lebih pantas dan mudah berbanding Google yang ketika ini memiliki indeks dalam talian terbesar.

Syarikat yang bakal menjadi pesaing Google itu berkata, perkhidmatan melangkaui teknik carian sedia ada yang menumpu kepada corak trafik pengguna dan kaitan laman web.

Sebaliknya, Cuil akan menganalisis konteks setiap muka laman web yang dicari dan konsep di sebalik permintaan setiap pengguna.

“Kemajuan besar yang kami capai dalam teknologi carian membolehkan syarikat mengindeks internet dengan lebih banyak, meletakkan hampir seluruh laman web di hujung jari setiap pengguna,” kata Ketua Eksekutif dan Pengasas Bersama Cuil, Tom Costello dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Penganalisis Carian Web dan Ketua Pengarang Search Engine Land, Danny Sullivan, berkata Cuil boleh mencuba untuk mengeksplotasi rungutan yang diterima daripada pengguna Google.

“Masa adalah tepat untuk kehadiran satu pencabar. Bagaimanapun, bersaing dengan Google adalah sesuatu yang sangat sukar, buktinya lihat sahaja kepada Microsoft,” katanya.

Microsoft Corp, yang kini berada di kedudukan ketiaga dalam dunia perniagaan enjin carian masih tidak berjaya dalam usahanya untuk bergabung dengan enjin carian kedua terbesar, Yahoo Inc bagi berdepan Google.

Cuil diasaskan oleh sekumpulan perintis industri enjin carian termasuk Costello yang membina prototaip Web Faountain dan perkakasan analisis carian web IBM.

Beliau turut di bantu isterinya, Anna Patterson yang juga arkitek kepada indeks TeraGoogle milik Google.

Patterson juga mereka bentuk sistem carian bagi syarikat storan dokumen korporat global, Recall yang juga unit di bawah Brambles Ltd, sebuah syarikat berpenagkalan di Australia.

Kedua-duanya disertai oleh bekas rakan sekerja di Google iaitu Russel Power dan Louis Monier.

Sebelum ini, Monier mengetuai projek mereka bentuk enjin carian syarikat e-dagang utama dunia, eBay Inc dan turut menjaadi Ketua Pegawai Teknologi dua laman web terkenuka 1990-an, AltaVista dan BabelFish.

(Dipetik daripda berita harian 31 Julai 2008)

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank