Aduhai hari isnin….hari isnin
Santai June 23rd, 2008Aduhai..peningnya kepala, betul2 berserabut, maklumlah hari ni hari isnin. Baru je sampai pintu opis dah beratur salesman tunggu. Inilah kehidupan saya selama bekerja disini. Tengok muka sorang2 salesman ni, rasa macam nak suruh diorang balik je. Tak larat sangat rasanya nak melayan kerenah diorang nih. Ada yang nak ambik payment ada yg nak rekemenkan barang dia., ada yang nak ajak bersembang. Tensen…tensen..

Kalau ikutkan hati rasa nak balik rumah je, nak melayan salesman ni memang kena sabar yang tinggi. Tapi bila difikirkan balik, kalau saya yang duduk tempat diorang pun akan buat macam tu jugak. Kejar payment! Barang dah dihantar collection pun kena buat jugak. Kalau hanya pandai buat sale tapi payment tak tahu nak collect mengamuk sakan lah bos . boleh bangkrup company.
Bila direnungkan balik rupanya kerja sebagai salesman ni, payah gak rupanya. Dahlah kena buat sale ikut target yg company bagi, payment pun kena collect gak.sale tinngi sekalipun tapi kalau payment tersangkut alamat makan gaji basiclah salesman nih. Komisen dibayar mengikut sale dan payment. Ada payment dari buyer adalah komisen. Tak de payment maka tak de lah komisen
Rata-rata salesman barang runcit ni semuanya berbangsa china. Walaupun tak berapi pandai diorang becakap melayu, tapi ada satu kelebihan yg ada pada diorang nih. Mereka ni tak pernah melenting ataupun emosional walaupun kita buat pembayaran dia lambat.
Kadang tu siap dia pulak yang rekemenkan pada kita jangan bayar cepat2 sangat payment dia. Dia yg bagi tarikh untuk bagi postdated chechq. Ingatkan nak bagi payment cepat sikit kat dia rupanya dia nak lambat lagi. Menag pandai diorang ni mengenggam hati kita.
Psikologi ni lah yang saya nampak mereka guna pakai untuk menakluk hati pelanggan.
Sentiasa bersahaja dan mengutamakan pelanggan. Ada jugak yang pernah saya close kan acc dia pun masih datang berjumpa saya dengan senyuman. Ingatkan nak marah balik, tapi kerana psikologi halus mereka cair gak saya dibuatnya.
Alahai salesman..tolonglah pasallah korang semua berpakat nak datang ari nih.., bagi can lah sikit kat saya nak bertenang sikit.malam tadi sibuk dengan google adsense, sampai jam 3 pagi baru nak tidur, itupun sebab anak perempuan saya humairah menagis meminta dibuatkan susu.
Sorang2 saya tengok muka staff kat opis saya ni, semuanya tensen gak kot. Maklumlah bila salesman datang maka akan sibuklah jugak diorang. Prepare kan voucher, buatkan statement akaun macam2lah lagi.tapi kalau tak de diorang kat opis ni lagi peninglah kepala saya bila tiba hari isnin nih aduhai hari isnin.hari isnin………














June 27th, 2008 at 3:49 pm
Nasib ini hari jumaat,bagi saya,hari isnin sampai hari ahad pun samalah,kerana saya 100% full time dalam perniagaan internet..
June 28th, 2008 at 11:21 am
kagum dengan org yg boleh buat perniagaan internet ni sepenuh masa…saya cuba gak tapi ada rasa takut2 lagi…