Pengalaman perit melalui saat genting ketika jatuh dalam perniagaan sukar untuk dilupakan. Namun bagi yang pernah melaluinya mungkin ada kesan yang mendalam, lebih2 lagi apabila faktor kewangan yang menjadi penyebabnya.

Saat yg paling kritikal adalah apabila post dated cheque yg diberi telah sampai time untuk cleareance. Pegawai bank telah menelfon berkali2 mengatakan baki akaun telah overdrown, dan tempoh ½ jam yg diberikan telah hampir tamat.

Saat inilah yg paling getir. Sama ada membiarkan sahaja akaun itu di black listkan oleh bank kerana cheque yg bound ataupun cari wang untuk meng cover cheque yg sampai

Jalan singkatnya adalah AHLONG…inilah pengalaman yg telah dilalui oleh kawan saya yg saya panggilkan hanya dengan nama MR H.

Mr H telah sudi memberikan sebahagian transaksi perbualan beliau dengan Ahlong yang pernah memberikan pinjaman segera kepada beliau

Tot…tot..pangilan dari nombor yg tidak dikenali

Mr H : haloo..haloo..sapa nih?

Ahlong : haloo.boss morning, ada mana bos?

Mr h : ya..yaa ada apa hal?

Ahlong : saya sini kawan bos, mahu jumpa kita minum boleh ke, bos ada senang ke?

Mr H : u sapa ? ceti ke?

Ahlong: mana ade kita kawan saja, kalau bos mahu pakai kita pun boleh tolong

Mr H : u jalan macamana?

Ahlong: kita tak de hal punya boss mahu mcmana kita ikut laa..

Mr H : ye la, u mcamana jalan.

Ahlong: kita boleh jumpa kasi tengok bos berapa mahu?

Mr H : saya mau tak de banyak rm50k saja

Ahlong: huh itu banyak bos.. mahu kasi cagaran sikit bos

Mr H : cagaran saya tak mahu la..

Ahlong: okla..okla..kita jalan 2 minggu 1 keping, dapat tangan 44K mahu ka..?

Mr H : ok la..bila boleh bagi

Ahlong: u kasi no acc…

Perbualan begini menurut Mr H hampir berlaku setiap minggu sepanjang tahun 2007 dengan Ahlong. kini Mr H telah bertekad untuk tidak lagi meminjam duit Ahlong untukmenjalankan perniagaan beliau. Duit Ahlong ini menurut Mr H tak ada berkat , duit ni akan jadi najis dlm bisness kita, duit ini sekadar boleh menyelesaikan masalah dalam masa terdekat sahaja, utk long term dia akan jadi bala besar

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank