Dapatkan Bab Percuma Buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet

Multi Level Marketing 3 Comments »

Sebelum ini Daegan Smith dan Zamri Nanyan telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” dan buku ini dijual di Amazon.com pada harga USD$39.95. (Wow! Mahal tu)

Jika anda berada di Malaysia, anda masih bertuah kerana dapat membeli buku ini pada harga yang sangat murah iaitu cuma RM29.90 (jangan beli di Amazon.com).

Kini, ada satu lagi berita baik untuk anda!

Buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” telah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Tajuk yang diberikan ialah “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” dan ianya boleh diperolehi di MPH Bookstore atau kedai-kedai buku berdekatan pada harga RM29.90.

Buat masa yang terhad, Zamri Nanyan sedang menjalankan promosi memperkenalkan buku ini kepada orang ramai dan beliau sedang memberikan satu bab percuma daripada buku ini kepada sesiapa sahaja yang layak.

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan bab percuma buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” ini, sila lawati link di bawah:

http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/
bab-percuma-dari-buku-rahsia-bisnes-mlm-di-internet

Anda juga diberikan “Isi Kandungan” buku ini serta sedikit komen penulis mengenai buku terbaru ini. Jadi, klik link di atas dan jangan lepaskan peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang ada di dalam buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” ini.

Saya sudah dapat bab percuma buku ini. Anda bila lagi?

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank

Kejayaan Yang Sebenarnya

Erti Kejayaan 1 Comment »

Ketika kita masih di bangku pengajian, kita sering mengukur kejayaan diri mengikut bertambahnya pengetahuan yang kita miliki. Lebih banyak kita tahu, terasa diri meningkat menjadi lebih baik dari semalam.

Bagi yang lebih mendalam, kejayaan diri diukur pada sejauh mana pengetahuan itu berjaya menjadi amal. Bagaimana bertambahnya pengetahuan, menambah amal di jalan kebaikan. Pertambahan amal itu menjadikan kita lebih baik dari semalam.

Namun dengan bertambahnya usia, apabila kita bukan lagi seorang individu, kejayaan pengetahuan dan amal menjadi kecil tidak bererti. Jika selama masa yang lalu, kita adalah individu yang mengukur kejayaan pada apa yang dicapai oleh peribadi, kini ukuran itu sudah tidak bermakna apa-apa lagi.

Setiap daripada kita, mengukur kejayaan itu daripada sejauh mana kejayaan peribadi dapat dipindahkan kepada insan tersayang. Jika seumur hidup kita menjadi anak tersayang, pelajar cemerlang, kawan terbilang, kini… mampukah semua ini membekas kepada isteri, suami dan anak-anak?

Kita meletakkan segala penghargaan dunia kepada kejayaan diri, jika kejayaan itu hanyalah pada kejayaan peribadi. Pada insan yang telah berumahtangga dan berkeluarga, kejayaan hakikinya adalah pada keupayaan diri untuk membawa orang lain berjaya bersama. Membawa isteri, membawa suami, dan anak-anak untuk cemerlang bersama-sama.

Inilah perasaan seorang bapa, semasa melihat perkembangan anak-anak pada ABC dan 123 hariannya. Pada Alif Ba Ta dan doa-doa hafalannya. Pada akhlak dan keperibadiannya. Bahawa padamulah cahaya mataku, makna kejayaan sebenar hidup dan matiku…

Maka kawan-kawanku,

Semasa masih di bangku pengajian, belajarlah untuk berkongsi kejayaan dengan rakan dan taulan. Jika telah terasa manisnya iman, sebarkan kemanisan itu dengan menghulurkan tangan pada sebuah dakwah dan bimbingan. Belajarlah mengukur kejayaan diri pada kejayaan yang membawa orang lain berjaya bersama.

Sesungguhnya pengalaman itulah bakal teruji, apabila isteri, suami dan anak-anak menanti untuk dibawa… kepada sebuah kejayaan bersama, meniti usia pada menuju hari tua.

Million thanks to Rozita Bt Mohamed Khan (uminisa_77[at]msn.com

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank

Duit Ah Long

Pinjaman Perniagaan 9 Comments »

Pengalaman perit melalui saat genting ketika jatuh dalam perniagaan sukar untuk dilupakan. Namun bagi yang pernah melaluinya mungkin ada kesan yang mendalam, lebih2 lagi apabila faktor kewangan yang menjadi penyebabnya.

Saat yg paling kritikal adalah apabila post dated cheque yg diberi telah sampai time untuk cleareance. Pegawai bank telah menelfon berkali2 mengatakan baki akaun telah overdrown, dan tempoh ½ jam yg diberikan telah hampir tamat.

Saat inilah yg paling getir. Sama ada membiarkan sahaja akaun itu di black listkan oleh bank kerana cheque yg bound ataupun cari wang untuk meng cover cheque yg sampai

Jalan singkatnya adalah AHLONG…inilah pengalaman yg telah dilalui oleh kawan saya yg saya panggilkan hanya dengan nama MR H.

Mr H telah sudi memberikan sebahagian transaksi perbualan beliau dengan Ahlong yang pernah memberikan pinjaman segera kepada beliau

Klik sini untuk artikel penuh »

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank

Kekeringan Idea

Tip Untuk Blogger 1 Comment »

Ada kalanya akan sampai saat kita kekeringan idea untuk menulis di blog kita. Masa nilah mood dan motivasi diri kita akan drop. Kadang2 sampai berminggu2 atau berbulan2 blog kita tidak diupdate kan contentnya. Blog kita akan nampak kosong dan hampar, ini akan menyebabkan semangat nak beblog semakin pudar. Dan inilah yg berlaku kepada sya sekarang ini.

Namun untuk tidak membiarkan blog ini kelihatan kosong dan hambar, saya sertakan juga beberapa vidoe untuk membakar semangat saya dan anda semua untuk terus berblog

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank

Nak Ke Tak Nak?

Cari Duit Lebih 3 Comments »

Kita sering didedahkan dengan kenyataan bahawa di internet ini semua bende kita boleh jual. Tapi berapa banyak antara kita yg berani untuk menjual produk fizikal di internet. Rata2 kebanyakan kita mengambil peluang di internet hanya dengan menjual produk digital sahaja.mungkin kerana produk ini senang utk dijual, dan kita boleh menjadi ejen jualan produk digital org lain tanpa perlu mencipta produk sendiri (wah! mudahnya…)

Produk fizikal adalah bende yg kita boleh lihat dan sentuh contohnya seperti jam tangan, kain batik, komputer, pen dsb
Produk digital pula bermaksud produk yg boleh dilihat tapi tak boleh disentuh seperti ebook(buku elektronik) software dsb

Menjual produk fizikal mungkin memerlukan kos yg agak tinggi berbanding menjual produk digital. Perbezaannnya adalah produk fizikal memerlukan kos penghantaraan ke alamat pembeli, manakala produk digital hanya perlu diberikan link download sahaja kepada pembeli melalui email.

Contoh laman web produk fizikal adalah:-
1. Alat Penjimat Letrik
2. Kain sutera Songket
contoh laman web produk digital adalah:-
1. Ebook Menjana Wang Adsense
2. Sotware dan Script Perniagaan Internet

Jadi kesimpulannya apa sahaja boleh dijual diinternet. Cuma atas kita saje lagi nak ke tak nak…

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank

Buat Backup Blog Anda, Sebelum Terlambat

Tip Untuk Blogger 4 Comments »

Blog anda pernah kena hack tak? Memang geram kalau blog kita kena hack, mana taknya bukak je blog kita keluar gambar tengkorak macam ni.

Tensen giler!
Habis apa tindakan anda kalau blog anda kene hack? Pertama kena call tuan punya web hosting, bagitau dia blog kepunyaan kita tak boleh diakses. Ada keluar gambar tengkorak Itu mujur kalau dia ada buat backup server utk blog kita, kalau tak de menangis tak berlagu lah. Kalau ada backup kat server pun takut2 dia hanya backup sebahagian post kita je, yg latest punya takut server dia tak sempat backup. Lagi naya

Saya nak kogsi dengan anda satu kaedah utk mem backup blog kita secara automatik. Gunakan plugin wp-backup. Senang dan cepat guna pluin ini
Kalau anda berminat boleh download Wp-db-backup Plug-in kat sini, dan ikut step by step yg saya tulis ni. Satu lagi nak bagi tau plug in ini hanya untuk blog yg mengunakan wordpress sahaja
1- Download kat sini plug in Wp-db-backup tersebut
2- Extrack kan guna win zip
3- Up load kan ke wp content/plug-in di server anda
4- Log in masuk ke admin blog anda
5- Klik kat plugin
6- Activate kan plug in wp-db-backup ini
7- Pergi ke Manage, klik kat backup (biasanya dia duk kat hujung sekali)
8- Anda boleh klik option sama ada nak backup diserver, di komputer anda ataupun diemail anda
9- Klik backup
10- Tunggu sampai habis plug-in buat backup

Saya mencadangkan kepada anda buatlah backup menggunakan plug-in setiap kali ada post terbaru yg anda lakukan

::selamat mencuba::

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank

Aduhai hari isnin….hari isnin

Santai 2 Comments »

Aduhai..peningnya kepala, betul2 berserabut, maklumlah hari ni hari isnin. Baru je sampai pintu opis dah beratur salesman tunggu. Inilah kehidupan saya selama bekerja disini. Tengok muka sorang2 salesman ni, rasa macam nak suruh diorang balik je. Tak larat sangat rasanya nak melayan kerenah diorang nih. Ada yang nak ambik payment ada yg nak rekemenkan barang dia., ada yang nak ajak bersembang. Tensen…tensen..

Kalau ikutkan hati rasa nak balik rumah je, nak melayan salesman ni memang kena sabar yang tinggi. Tapi bila difikirkan balik, kalau saya yang duduk tempat diorang pun akan buat macam tu jugak. Kejar payment! Barang dah dihantar collection pun kena buat jugak. Kalau hanya pandai buat sale tapi payment tak tahu nak collect mengamuk sakan lah bos . boleh bangkrup company.

Bila direnungkan balik rupanya kerja sebagai salesman ni, payah gak rupanya. Dahlah kena buat sale ikut target yg company bagi, payment pun kena collect gak.sale tinngi sekalipun tapi kalau payment tersangkut alamat makan gaji basiclah salesman nih. Komisen dibayar mengikut sale dan payment. Ada payment dari buyer adalah komisen. Tak de payment maka tak de lah komisen
Rata-rata salesman barang runcit ni semuanya berbangsa china. Walaupun tak berapi pandai diorang becakap melayu, tapi ada satu kelebihan yg ada pada diorang nih. Mereka ni tak pernah melenting ataupun emosional walaupun kita buat pembayaran dia lambat.
Kadang tu siap dia pulak yang rekemenkan pada kita jangan bayar cepat2 sangat payment dia. Dia yg bagi tarikh untuk bagi postdated chechq. Ingatkan nak bagi payment cepat sikit kat dia rupanya dia nak lambat lagi. Menag pandai diorang ni mengenggam hati kita.
Psikologi ni lah yang saya nampak mereka guna pakai untuk menakluk hati pelanggan.
Sentiasa bersahaja dan mengutamakan pelanggan. Ada jugak yang pernah saya close kan acc dia pun masih datang berjumpa saya dengan senyuman. Ingatkan nak marah balik, tapi kerana psikologi halus mereka cair gak saya dibuatnya.
Alahai salesman..tolonglah pasallah korang semua berpakat nak datang ari nih.., bagi can lah sikit kat saya nak bertenang sikit.malam tadi sibuk dengan google adsense, sampai jam 3 pagi baru nak tidur, itupun sebab anak perempuan saya humairah menagis meminta dibuatkan susu.

Sorang2 saya tengok muka staff kat opis saya ni, semuanya tensen gak kot. Maklumlah bila salesman datang maka akan sibuklah jugak diorang. Prepare kan voucher, buatkan statement akaun macam2lah lagi.tapi kalau tak de diorang kat opis ni lagi peninglah kepala saya bila tiba hari isnin nih aduhai hari isnin.hari isnin………

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank

Sindiran Lagu Melayu Mudah Lupa

Affiliate, Ebook Review, Google Adsense, Istilah Internet, Motivasi, Web Hosting 2 Comments »

- Bangau oh! Bangau kenapa engkau kurus?

- Macamana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul

- Ikan oh! Ikan kenapa tak mahu timbul?

- Macamana aku nak timbul.Rumput panjang sangat

- Rumput oh!rumput kenapa panjang sangat?

- Macamana aku tak panjang kerbau tak makan aku

- Kerbau oh!kerbau kenapa tak makan rumput

- Macamana aku nak makan perut aku sakit

- Perut oh! perut kenapa engkau sakit?

- Macamana aku tak sakit makan nasi mentah

- Nasi oh! Nasi kenapa engkau mentah?

- Macamana aku tak mentah kayu api basah

- Kayu oh! Kayu kenapa engkau basah?

- Macamana aku tak basah, hujan timpa aku

- Hujan oh! hujan kenapa timpa kayu?

- Macamana aku tak timpa katak panggil aku

- Katak oh! katak kenapa panggil hujan?

- Macamana aku tak panggil hujan, ular nak makan aku

- Ular oh! ular kenapa nak makan katak?

- Macamana aku tak makan memang makanan aku..

Saya rasa anda semua tentu pernah mendengar lagu ini kan? Lagu ini memang cukup popular masa zaman kita kecik2 dulu. Semasa kita kecil dan mendendangkan lagu ini, kita mungkin tidak tahu apa makna sindiran disebalik lagu ini.

Klik sini untuk artikel penuh »

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank

Panduan Memilih Web Hosting

Web Hosting 1 Comment »

Bertemu kembali. Sekiranya anda bercadang untuk memulakan perniagaan internet, saya mencadangkan kepada anda sebaiknya gunakanlah web hosting yang berbayar. Mungkin pada peringkat awal anda boleh menggunakan web hosting yang percuma seperti blogger.com, wordpress .com, tripod.com dsb, namun jika anda ingin serius dalam menjalankan perniagaan internet , anda haruslah melaburkan sedikit wang untuk mendapatkan servis web hosting yang berbayar ini.

Pertama sekali anda kenalah faham apakah yang dimaksudkan dengan web hosting. Sekiranya anda sudah memiliki nama domain anda seperti contoh- www.domainanda.com, anda kena mencari dimanakah tempat untuk anda melatakkan nama domain anda ini.

Tempat untuk anda meletakkan nama domain anda inilah yang dipanggil web hosting. Setelah membuat pembayaran ataupun sewaan barulah anda boleh meletakkan nama domain anda tadi di web hosting, dan inilah yang baru membolehkan orang ramai melawati blog/web site anda Penggunaan web hosting yang berbayar ataupun percuma ini, adalah seumpama anda menyewa ataupun memiliki ruang perniagaan di internet

Disini saya nak berkongsi dengan anda beberapa tips yang sangat diperlukan sekiranya anda bercadang memilih web hosting

Klik sini untuk artikel penuh »

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank

Kartunis Ubi Dan Tun Dr Mahathir

Motivasi, Peluang Di Internet 3 Comments »

ubiMungkin anda pernah terlihat lukisan kartun disebelah ini.Pelukis kartun ini cukup popular di zaman masa saya di sekolah menengah dahulu dalam era 90an, dan banyak menghasilkan karya beliau dalam majalah Ujang. Namun, zaman telah berubah, Kartunis Ubi kini telah mempromosikan bakat dan kebolehan beliau di Internet dan tidak lagi di Majalah Ujang. Anda boleh layari blog beliau disini, untuk mengenali kartusnis Ubi ini dengan lebih dekat lagi

Saya cukup mengkagumi kartunis Ubi ini kerana bakat lukisan kartun beliau yang dizahirkan diatas Majalah Ujang.

Semasa bersama-sama menghadiri satu seminar di KL, saya telah berkesempatan untuk berkenalan dengan beliau.

Saya agak terperanjat bila memikirkan bagaimana seorang Kartunis boleh mengunakan Internet sebagai tempat untuk mengembangkan dan mempromosikan bakat seni yang ada Inilah kenyataannya, Internet telah menjadi satu medan untuk semua manusia tak kira dari golongan dan profesion mana sekalipun boleh mengetengahkan bakat dan kebolehan yang ada dengan mempromosikannya di Internet.

Bahkan lagi kepada golongan usahawan-usahawan, lagilah sewajarnya mengambil kesempatan ini.

Klik sini untuk artikel penuh »

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank