- Bangau oh! Bangau kenapa engkau kurus?

- Macamana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul

- Ikan oh! Ikan kenapa tak mahu timbul?

- Macamana aku nak timbul.Rumput panjang sangat

- Rumput oh!rumput kenapa panjang sangat?

- Macamana aku tak panjang kerbau tak makan aku

- Kerbau oh!kerbau kenapa tak makan rumput

- Macamana aku nak makan perut aku sakit

- Perut oh! perut kenapa engkau sakit?

- Macamana aku tak sakit makan nasi mentah

- Nasi oh! Nasi kenapa engkau mentah?

- Macamana aku tak mentah kayu api basah

- Kayu oh! Kayu kenapa engkau basah?

- Macamana aku tak basah, hujan timpa aku

- Hujan oh! hujan kenapa timpa kayu?

- Macamana aku tak timpa katak panggil aku

- Katak oh! katak kenapa panggil hujan?

- Macamana aku tak panggil hujan, ular nak makan aku

- Ular oh! ular kenapa nak makan katak?

- Macamana aku tak makan memang makanan aku..

Saya rasa anda semua tentu pernah mendengar lagu ini kan? Lagu ini memang cukup popular masa zaman kita kecik2 dulu. Semasa kita kecil dan mendendangkan lagu ini, kita mungkin tidak tahu apa makna sindiran disebalik lagu ini.

Inilah sikap yang dah cukup sebati dalam diri kita, selalu mencari alasan dan menuding jari kepada orang lain. Selalunya kita tidak menyedari kegagalan yang menimpa dalam hidup kita samada dalam perniagaan, kekeluargaan, pendidikan atau dalam apa sekali pun banyaknya berpunca dari kelemahan diri kita sendiri. Kita sukar untuk menerima kelemahan dalam diri kita sebaliknya mencari ribuan alasan dan menyalahkan orang lain demi untuk menutup kelemahan diri kita

Sikap negatif inilah yang menyebabkan kita semakin pasif, jumud, statik dan beku. Tidak mahu terima pandangan dan pendapat orang lain ketika gagal datang dalam hidup

Jangan, jangan, jangan sesekali menjadikan kegagalan menjadi alasan untuk kita mencuba sekali lagi. Dalam peniagaan contohnya, bila kita pernah gagal dan ada orang lain pula yang mempelawa kita menyertai perniagaan itu kembali kita janganlah menolak dengan mengatakan perniagaan itu tidak betul, sudah tidak sesuai atau apa sahaja. Semua ini terbawa-bawa dengan emosi kita kerana kita pernah gagal. Sebaliknya kita kena mencari dimana kesilapan yang pernah kita lakukan sehingga kita gagal sedangkan orang lain masih boleh meneruskan perniagaan yang sama dan berjaya.

Dalam perniagaan internet, contohnya ramai yang pernah tertimpa kegagalan. Perjuangan terhenti separuh jalan. Semuanya menjadi iguan ngeri apatah lagi untuk mencuba kembali sedangkan semakin ramai manusia lain yang telah berjaya dalam bidang ini. Kesimpulanya kita gagal hanyalah kerana diri kita sendiri dan tidak perlua mencarii alasan lain. Kupas, kaji, selidiki mana silapnya punca kegagalan itu untuk kita lakukan yang baru atau yang lebih baik dari yang telah gagal itu. Tak salahnye jadikan kejayaan orang lain sebagai pembakar semanagat atau contoh dan tanam azam bahawa kita juga akan jadi seperti mereka yang berjaya itu. Dan akhirnya ular…. Tidak menyalahkan sesiapa pun sebaliknya penuh yakin tanpa sangsi bahawa dia bekehendak katak yang lain tidak bukan itulah makanan dia…..

Salam motivasi

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank