ubiMungkin anda pernah terlihat lukisan kartun disebelah ini.Pelukis kartun ini cukup popular di zaman masa saya di sekolah menengah dahulu dalam era 90an, dan banyak menghasilkan karya beliau dalam majalah Ujang. Namun, zaman telah berubah, Kartunis Ubi kini telah mempromosikan bakat dan kebolehan beliau di Internet dan tidak lagi di Majalah Ujang. Anda boleh layari blog beliau disini, untuk mengenali kartusnis Ubi ini dengan lebih dekat lagi

Saya cukup mengkagumi kartunis Ubi ini kerana bakat lukisan kartun beliau yang dizahirkan diatas Majalah Ujang.

Semasa bersama-sama menghadiri satu seminar di KL, saya telah berkesempatan untuk berkenalan dengan beliau.

Saya agak terperanjat bila memikirkan bagaimana seorang Kartunis boleh mengunakan Internet sebagai tempat untuk mengembangkan dan mempromosikan bakat seni yang ada Inilah kenyataannya, Internet telah menjadi satu medan untuk semua manusia tak kira dari golongan dan profesion mana sekalipun boleh mengetengahkan bakat dan kebolehan yang ada dengan mempromosikannya di Internet.

Bahkan lagi kepada golongan usahawan-usahawan, lagilah sewajarnya mengambil kesempatan ini.

Anda masih ingat lagi akan keputusan Pilihanraya Umum yg ke 12 baru-baru ini. Rata-rata orang mengakui kuasa yang ada di Internet nyaris-nyaris menumbangkan sebuah kerajaan. Hinggakan dari blog malaysia kini dot com ada post yang mengatakan dek kerana serangan gerila siberlah yang hampir-hampir menafikan penguasaan Kerajaan BN di Malaysia. Selepas daripada itu, ramai dari kalangan Calon-calon pilihanraya samada yang kalah ataupun menang mula membuka mata pada kuasa Internet ini. Maka lahirlah blog-blog persendirian yang bermotifkan politik untuk menyuarakan pendapat dan pendirian politik masing-masing. Bekas PM kita Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghasilkan sebuah blog peribadi beliau dan telah mendapat kunjungan pelawat yang tertinggi semasa blog itu di war-warkan kepada orang ramai

Cuba anda bayangkan, sekiranya anda adalah seorang usahawan yang menjual koleksi pakaian batik. Apa akan jadi sekiranya anda menjualkannya di Internet dan laman web anda dikunjungi ribuan pengunjung sehari. Kalau dalam Pilihanraya tempohari, nyaris kerajaan bertukar tangan tak kanlah batik anda tak boleh terbang jauh sampai ke Amerika dan Jepun! pokoknya anda bersedia untuk memasarkan produk anda di Internet. Anda boleh dapatkan disini satu pakej untuk anda membina blog dot com anda sebagai langkah pertama dalam memasarkan produk anda di Internet. Binalah blog dot com anda sendiri sebagai langkah awal membina kredibiliti anda

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank