Islam diramal jadi agama kedua di AS
Motivasi August 11th, 2008Islam dijangka menjadi agama kedua terbesar di Amerika Syarikat (AS) selepas Kristian, 20 tahun lagi berdasarkan aliran semasa yang menunjukkan ramai warganya memeluk Islam, kata seorang profesor pengajian Islam terkenal.
Pro Dr John Esposito yang juga Pengarah Pengasas Pusat Putera Alwaleed Talal untuk Kefahaman Muslim-Kristian di Universiti Geargetown, Washington, berkata Islam menjadi agama terpantas pertumbuhannya di AS. “Perkembangan Islam di AS menunjukkan peningkatan menarik kebelakangan ini apabila lebih ramai memeluk Islam khususnya selepas tragedi 11 September.
“Walaupun ada pihak di Barat, termasuk media mengaitkan Islam dengan keganasan, ia seperti tidak berkesan dalam menggugat minat mereka terhadap Islam. “Rakyat AS terutama generasi muda Muslim juga semakin berani menonjolkan identiti Islam dan lebih terbuka dalam pergaulan dengan penduduk lain berbanding genarasi terdahulu,“ katanya dalam syarahan ‘Masa Depan Muslim Amerika dan Hubungan Antara Amerika dan Dunia Islam’.
Syarahan itu anjuran Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan Malaysia (IAIS).
Dr Esposito berkata, perkembangan pentas Islam di AS disebabkan penghijrahan warga Islam dari banyak negara lain, termasuk dari benua Afrika serta Asia.“Mereka membawa bersama keluarga yang besar menjadikan komuniti Islam terbentuk dengan automatik.
“Pengembangan Islam juga banyak berlaku apabila rakyat tempatan berkahwin dengan warga Islam.
“Kemunculan lebih ramai rakyat AS yang beragama Islam di kalangan generasi muda juga diterima baik oleh rakyat di sana. “Rakyat AS kini lebih terbuka berbanding masyarakat di Eropah yang masih belum dapat menerima sepenuhnya kemunculan warga Islam di negara mereka,” katanya.
















August 27th, 2008 at 9:16 pm
Salam apa khabar ,agak lama juga saya tak layani blog ini kerana ada sibuk sedikit dengan program -program lain ,harap semua berjalan dengan lancar ye …
September 7th, 2008 at 7:38 am
wah…bagus artikel ni
September 19th, 2008 at 12:56 am
hi bro …jalan-jalan
October 9th, 2008 at 10:44 pm
harap-harap akan jadi kenyataan satu hari nanti
October 9th, 2008 at 10:46 pm
terkejut gak bila terbaca paper pasal bende nih
October 17th, 2008 at 11:12 am
Alhamdulillah… Islam semuanya!