Kita Adalah Hamba
Motivasi June 8th, 2008Assalamualikum dan selamat sejahtera
Tak ada yang dapat menafikan kewujudan manusia diatas muka alam ini didatangkan dengan sifat kebaikan dan keburukan, kelemahan dan kekurangan. Ada yang dianugerahkan dengan 1001 kelebihan dan kebaikan hinggakan ramai manusia lain juga dapat menerima faedah dari kebaikan dan kelebihan manusia tersebut, namun sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita terlupa semua yang ada pada kita adalah bersifat sementara sahaja.
Apa yang kita ada, walau sebesar dan sehebat mana pun kedudukan dan ketinggian serta kelebihan yang kita ada..kita tetap HAMBA! Cuba kita renungkan gambar dibawah ini..

Alangkah besar dan hebatnya Planet bumi ini jika dibandaingkan dengan Planet-planet yang jauh lebih kecil darinya..itulah hakikatnya jika diri kita diperbandangkan diperbandingkan dengan manusia lain yang jauh lebih rendah dan kecil dari diri kita, hati akan merasa diri lebih hebat dan tinggi dari yang lain. Sifat sombong dan keakuan menjadi semakin subur..
Cuba kita perbandingkan gambar yang ini pula…

Alangkah kecil dan lemahnya planet bumi ini jika dibandingkan dengan planet2 yang jauh lebih besar darinya seperti Planet Saturn dan Jupiter. Sifat keakuan manusia akan terkawal jika dirinya diperbandingkan dengan sesuatu yang jauh lebih hebat dan tinggi dari dirinya. Inilah yang mendatangkan sifat HAMBA pada diri manusia tersebut
Cuba kita lihat gambar ini pula..

Apa yang anda fikirkan? Masih ada ruankah di dalam hati kita untuk merasakan diri kita terlalu hebat ? lihat yang ini pula..

Gambar yang dibawah ini sepatutnya lebih menginsafkan kita..

Gambar yang dibawah ini pula menurut kawan saya En Yusri dari Jom Seminar, telah diambil oleh Teleskope Hubble yang mengandungi kesemua galaksi (yang manusia tahu) lebih kurang berbillion tahun cahaya jauhnya

Saya juga telah difahamkan oleh rakan saya, kesemua gambar-gambar yang telah diperlihatkan diatas adalah berada dibawah langit pertama sahaja. Menurut beliau, perumpamaan langit yang pertama dengan langit yang kedua pula diibaratkan seperti sebentuk cincin yang diletakkan ditengah padang bola yang besar, kita andaikanlah padang bola tu seperti yang di Stadium Bukit Jalil tu. (Maaf.. gambar langit pertama dan kedua tu tidak dapat diletakkan disini kerana ia bersifat ghaip)
Begitu juga perbandingan diantara langit ke 2 dengan langit ke3, ia juga seperti sebentuk cincin yang diletakkan di padang bola yang besar, begitulah seterusnya hinggalah kelangit yang ke7.
Semoga ini lebih menginsafkan kita…apa pandangan anda?














Recent Comments