Semua orang dalam dunia ini mendapat peruntukan masa yang sama dan tepat. Tiada seorang pun yang mendapat masa lebih dari 24 jam sehari, atau kurang dari itu.
Yang menjadi masalah kita sekarang adalah bagaimana nak menguruskan masa 24 jam itu dengan bijak. Lebih-lebih lagi jika anda seorang Internet Marketer separuh masa, terikat dengan waktu kerja di pejabat dan masa untuk bersama anak dan isteri dirumah

Masalah yang sering dilalui oleh Internet Marketer separuh masa ialah tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan blog-blog di internet. Betul tak?

Terutama jika anda mempunyai blog untuk bacaan dalam bahasa melayu. Berblog dalam bahasa melayu memang memerlukan perhatian dan tumpuan yang konsisten kerana jika anda menulis dalam keadaan tertekan, kandungan blog anda nampak tidak terurus seperti blog saya ini dan memberikan info yang kurang bermanafaat lebih ditakuti tidak tepat!


Manakala kalau anda adalah adsense blogger, masalah yg sama kita hadapi juga adalah kekurangan masa. Terlau banyak masa yang perlu dilakukan kalau kita nak buat duit melalui adsense blogger ini
Saya juga Internet Marketer separuh masa, cuba untuk mengambil peluang yang ada untuk menambah pendapatan diinternet, namun kesuntukan masa sering membuatkan saya tertekan dan hilang tumpuan. bila ini berlaku motivasi diri pun akan jatuh dan semangat pun hampir hilang

Saya cuba mengatur masa saya dengan membahagikan 2 waktu

1) Shift siang

2) Shift malam

Untuk shift siang, saya hanya tumpukan selepas waktu kerja dipejabat lebih kurang 2 jam hanya untuk updatekan kandungan blog bahasa melayu sahaja. Ini termasuklah menulis posting baru, menulis komen diblog orang lain dan menulis sikit-sikit ebook yang dalam proses pembikinan.

Untuk shift malam pulak , saya ambik masa yang agak panjang biasanya selepas waktu isyak dan makan malam bersama anak-anak bermula lah kerja-kerja adsense blogger saya. Biasanya ianya bermula selepas jam 11 malam hinggalah ke jam 1 atau 2 pagi.

Saya tak pasti sebenarnya adakah cara 2 shift yang saya guna pakai ini betul ke tak betul. Jadi saya sangat-sangat mengharapkan anda semua untuk memberikan pandang an diruangan komen ini bagaimana cara yang paling sesuai untuk menguruskan masa sebagai Internet Marketer separuh masa seperti saya ini. Silakan….

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank