Memang suatu yang memeranjatkan apabila saya cuba membuat keyword research dengan menggunakan tool percuma dari google.com ini. Rasanya macam tak percaya je yang google mula mendedahkan maklumat nilai carian keyword, siap dengan maklumat carian sebulan dan purata carian sebulan dalam setahun lagi, sebelum ini google agak keberatan untuk mendedahkan kepada umum maklumat ini

Kalau sebelum ini google hanya memberikan maklumat tersebut hanya dalam bentuk indicator sahaja, tapi kini dalam bentuk angka yang lebih mudah untuk kita membuat analisa sesuatu keyword. Buang tebiat ke apa google kali ni…

Anda boleh klik link ini untuk melihat sendiri perubahan yang dibuat oleh google kali ini

https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal

Anda juga boleh lihat contoh keyword “Ladder Giant”yang saya gunakan untuk membuat kajian tentang keyword tersebut. Maklumat-maklumatnya adalah seperti berikut:-

1- Senaraian keyword yang related dengan keyword Ladder Giant yang saya gunakan

2- Maklumat tentang keyword “Ladder Giant”. Google telah memaparkan carian dengan menggunakan keyword “Ladder Giant” sebanyak 6,600 carian untuk bulan june sebelum ini maklumat ini hanya didedahkan dalam bentuk indicator sahaja

3- Kolom ini google memaparkan maklumat tentang keyword “Ladder Giant sebanyak 12,100 carian sebulan secara purata untuk tempoh setahun, sebelum ini juga dipaparkan dalam bentuk indicator

Mungkin google mahu memudahkan publisher dalam program adsense nya membuat keyword research. Semakin ramai yang menyertai adsense, maka semakin bertambahlah earning google dalam adwords barangkali.

Tapi mungkin juga ini hanyalah satu gimik dari google untuk ‘memerangkap ‘ publisher supaya menggunakan tools keyword researchnya ini., selepas ini jangan terperanjat pulak kalau keyword tool research dari google ini hanya untuk ahli yang berbayar sahaja unutk menggunakannya. Segalanya mungkin tentang google ni….apa pun perubahan ini memang sangat-sangat memudahkan kita

Bagi anda yang betul-betul extreme dengan program buat duit dengan Adsense, memang tidak asing lagi dengan keyword tool dari google ini. Namun sebenarnya banyak lagi tool yang lain boleh kita gunakan untuk membuat kajian tentang keyword

Saya senaraikan keyword tools yang biasa saya gunakan

Harap-harapnya dengan maklumat ini, earning adsense kita semakin bertambah lepas ni

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank