Buat Intipan Di Blog Pesaingan Anda
Google Adsense, Tip Untuk Blogger August 6th, 2008Salam sejahtera dan bertemu kembali
Apa khabar anda semua? harapnya kita dalam keadaan sentiasa sihat. Bagaimana pula dengan perniagaan internet anda? masih mampu bertahan dengan segala onak dan duri yang dilalui? harapnya juga anda semua tabah dan terus bermotivasi tinggi dalam menjalankan perniagaan internet yang sentiasa menuntut pengorbanan masa ini. Cuma yang perlu diingatkan lagi adalah jangan mudah mengalah dengan cabaran yang datang dalam dunia perniagaan internet ini, ye lah…kadang-kadang perasaan kecewa, putus asa, jemu dan macam-macam lagi menerjah diri kita maklumlah nak buat duit dalam perniagaan internet ini banyaknya kita buat secara try and error seperti sayalah contohnya…
Saya rasa anda semua tentu tahu sedikit sebanyak teknik nak buat duit di internet kan? bagi saya nak buat duit diinternet adalah satu perkara yang memerlukan pengetahuan yang luas supaya teknik yang kita pakai membuahkan hasil agar pengorbanan masa dan wang ringgit kita berbaloi. Bukannya apa…jika kita telah melaburkan masa dan wang ringgit untuk buat duit diinternet tapi pulangannnya tidak berbaloi, kita akan cepat rasa kecewa dan putus asa.
Menurut Dr Irfan Khairi, sebanyak 94% yang menjalankan perniagaan internet gagal dalam bidang ini adalah kerana mudah putus asa dan teknik yang diguna pakai tidak mendatangkan hasil. Anda juga tentu fobia dengan kenyataan ini dan pastinya tidak mahu tergolong dalam kelompok yang gagal ini
Saya nak menyampaikan kepada anda salah satu cara yang saya guna kan untuk membuat duit di internet dengan Google Adsense. Mungkin bagi anda yang sudah biasa dengan program PPC Google Adsense ini tahu berbagi-bagai cara dalam mendapatkan klik yang tinggi di blog anda. Saya akan dedahkan kepada anda salah satu tool yang perlu anda gunakan untuk membuat intipan keatas blog pesaing anda. Ini adalah perlu supaya anda tahu apa kelebihan blog pesaing anda dan seterusnya anda juga boleh bertindak untuk mengatasi blog pesaing anda.
Sebagaimana kita semua maklum, Google dan lain-lain search engine sangat-sangat mencintai blog yang memiliki back link yang berkualiti. Kedudukan SERP sesuatu blog/website sangat-sangat bergantung dengan kualiti dan jumlah back link ini.
Untuk membuat intipan jumlah back link blog/website pesaing anda, anda boleh gunakan tool yang diberikan oleh website berikut:-
Sekiranya anda dapat membuat intipan keatas blog/website pesaing anda segala maklumat tentang back link yang mereka miliki akan anda ketahui, seterusnya anda kenalah mengatas jumlah back link yang mereka miliki untuk merampas kedudukan SERP pesaing anda.
Bagaimana untuk menambahkan back link pada blog pula akan saya dedahkan nanti dipost yang lain…selamat mencuba
















August 6th, 2008 at 1:32 pm
wow…nampaknya brother boleh jadi pakar adsense sudah tu..gembira kerana nampak berkenalan dengan “YOU” salam dan sama-sama mencabar dunia perniagaan online sehingga 100% berjaya
August 8th, 2008 at 5:54 pm
Wah bestnya siap nak mengintip cam Spy Baba je..
September 8th, 2008 at 11:23 pm
aku dah pening,,,,,,,,,, nak kena kursus dengan ko ni! berapa caj?