Ketika kita masih di bangku pengajian, kita sering mengukur kejayaan diri mengikut bertambahnya pengetahuan yang kita miliki. Lebih banyak kita tahu, terasa diri meningkat menjadi lebih baik dari semalam.

Bagi yang lebih mendalam, kejayaan diri diukur pada sejauh mana pengetahuan itu berjaya menjadi amal. Bagaimana bertambahnya pengetahuan, menambah amal di jalan kebaikan. Pertambahan amal itu menjadikan kita lebih baik dari semalam.

Namun dengan bertambahnya usia, apabila kita bukan lagi seorang individu, kejayaan pengetahuan dan amal menjadi kecil tidak bererti. Jika selama masa yang lalu, kita adalah individu yang mengukur kejayaan pada apa yang dicapai oleh peribadi, kini ukuran itu sudah tidak bermakna apa-apa lagi.

Setiap daripada kita, mengukur kejayaan itu daripada sejauh mana kejayaan peribadi dapat dipindahkan kepada insan tersayang. Jika seumur hidup kita menjadi anak tersayang, pelajar cemerlang, kawan terbilang, kini… mampukah semua ini membekas kepada isteri, suami dan anak-anak?

Kita meletakkan segala penghargaan dunia kepada kejayaan diri, jika kejayaan itu hanyalah pada kejayaan peribadi. Pada insan yang telah berumahtangga dan berkeluarga, kejayaan hakikinya adalah pada keupayaan diri untuk membawa orang lain berjaya bersama. Membawa isteri, membawa suami, dan anak-anak untuk cemerlang bersama-sama.

Inilah perasaan seorang bapa, semasa melihat perkembangan anak-anak pada ABC dan 123 hariannya. Pada Alif Ba Ta dan doa-doa hafalannya. Pada akhlak dan keperibadiannya. Bahawa padamulah cahaya mataku, makna kejayaan sebenar hidup dan matiku…

Maka kawan-kawanku,

Semasa masih di bangku pengajian, belajarlah untuk berkongsi kejayaan dengan rakan dan taulan. Jika telah terasa manisnya iman, sebarkan kemanisan itu dengan menghulurkan tangan pada sebuah dakwah dan bimbingan. Belajarlah mengukur kejayaan diri pada kejayaan yang membawa orang lain berjaya bersama.

Sesungguhnya pengalaman itulah bakal teruji, apabila isteri, suami dan anak-anak menanti untuk dibawa… kepada sebuah kejayaan bersama, meniti usia pada menuju hari tua.

Million thanks to Rozita Bt Mohamed Khan (uminisa_77[at]msn.com

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank