Bagi yang sudah otai dalam berblog mungkin post saya kali ini tidak memberi apa-apa info, namun saya banyak menerima email dan pertanyaan dari orang yang baru saja berkenalan dengan dunia blog ini, bagaimana cara untuk membina blog dengan blogger.com

Saya cuba untuk memberikan sedikit panduan dan langkah-langkah yang perlu untuk membina blog dengan blogger.com

1- Anda boleh taipkan di address bar browser anda (IE ataupun Firefox) www.blogger.com. Seterusnya akan terpapar laman web blogger.com seperti dibawah ini

2- Anda boleh klik pada CREATE YOUR BLOG NOW, seterusnya akan terpapar laman seperti dibawah ini. Anda boleh ikuti langkah-demi langkah yang saya tuliskan seterusnya dibawah

3-Pada bahagian ini, anda dikehendaki memasukkan alamat email anda sebaiknya yang didaftarkan dengan akaun gmail.com

4-Sila masukkan alamat email anda sekali lagi sama seperti yang di no 3

5- Taipkan password untuk akaun blog anda

6-Masukkan sekali lagi password anda juga sama seperti di no 5

7-Letakkan nama anda dimana nama yang anda masukkan ini akan terpapar dibahagian posting blog anda

8-Taipkan word verification seperti characters yang diberikan

9-Tandakan dibahagian ini sebagai persetujuan dengan term of servis yang diberikan oleh blogger.com

10-Klik pada continue untuk ke halaman seterusnya seperti dibawah ini

11-Masukkan tajuk blog anda dibahagian blog title ini

12-Taipkan alamat url blog anda mengikut kesesuaian yang anda mahu dibahagian ini

13- Anda perlu memeriksa alamat url blog anda sama ada masih belum digunakan oleh orang lain ataupun tidakdengan mengklik pada ruangan check availibility. Sekiranya alamat url pilihan anda sudah digunakan oleh orang lain anda kena mencari nama lain dan taipkan kembali diruangan Blog Adress(url) seperti di no 12

14- Setelah semuanya selesai anda boleh klik pada continue untuk kehalaman seterusnya untuk memilih template blog anda seperti dibawah ini

15- Setelah anda memilih template yang sesuai dengan blog anda sila klik continue untuk langkah seterusnya

16-Klik pada Start Blogging. Kini anda boleh mulakan membuat posting pertama diblog anda seperti paparan dibawah ini

17-Diruangan Title ini tuliskan tajuk untuk posting anda

18-Ruangan ini adalah tempat content ataupun isi kandungan posting anda ditulis

19-Anda boleh klik pada Publish Post bagi membolehkan posting anda ini dibaca oleh pelawat blog anda

20-Akhir sekali anda boleh klik SAVE NOW untuk mennyimpan posting anda ini

Selamat berblog!

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • bodytext
  • Facebook
  • feedmelinks
  • Google
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • co.mments
  • IndianPad
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MyShare
  • TailRank