Siapa Saya
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Rakan-rakan sekelian
Terima kasih kerana sudi melawati blog saya yang tak seberapa ni,biarlah saya kenalkan diri saya dulu..
Nama saya Mohd Zaidi Bin Ali Sabran, berumur 33 tahun ketika post ini ditulis, menetap di Bandar Jengka Pahang, bekerja juga di Bandar Jengka Pahang , mengendalikan 2 buah pasaraya dengan 1001 masalah yang tak pernahnya nak habis lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang terlalu sukar untuk dijangka pasang dan surutnya, tambahan lagi dengan kenaikan harga barang makan yang semakin ketara
Pada peringkat awalnya, kerana minat dengan perniagaan Internet ini saya telah menghabiskan masa berjam-jam terutama setelah habis kerja offline saya, kadang2 masa tidur saya kurang dari 25 jam seminggu (sebab terlalu excited)
Saya banyak belajar mengenai perniagaan Internet ini hanya melalui pembacaan di Blog2 perniagaan. memang rumit dan menensenkan belajar tanpa tok guru ni…tapi kerana minat, saya korbankan semuanya mengatasi segalanya. semata-mata nak belajar selok belok perniagaan Internet
Terus terang saya katakan, blog Tips Dan Motivasi Perniagaan Digital ini adalah blog berbahasa melayu saya yang pertama, sebelum ini hanya menggunakan blogspot sahaja, itu pun semata-mata untuk Goggle Adsense sahaja. Mungkin banyak silapnya, dalam mengendalikan blog ini maklumlah 1st time guna wordpress. Jenuh jugak nak membuatnya. Harap sangat blogger2 lain dapat membantu.
Sebelum ini hanya banyak menghabiskan masa dengan Google Adsense, Affiliate ClickBank, PPC Marketer dan sebagainya. Itupun hanya sambilan sahaja. Adalah pendapatan sikit2, lepaslah utk bayar sewa streamyx sebulan
Akhirnya cuba mendekati otai2 perniagaan internet malaysia melalui seminar dan bengkel2…barulah boleh tarik nafas lega sikit..oklah tryla merayau kat blog saya ni, mungkin ada sesuatu yang dapat memberikan anda tambahan informasi…cekedout…!!














June 15th, 2008 at 5:48 am
Wow…blog baru. Tahniah…hehe. Klu tak silap, ari tu ada join jomseminar kan..kan kan..
Tq for visit my blog.
June 15th, 2008 at 2:39 pm
baru belajar nak buat blog, aah1 salah seorang dari peserta jom seminar come zero, back zero hi…hi,…
tima kasih kembali
June 15th, 2008 at 10:38 pm
Tahniah zaidi kerana minat dan kesungguhan anda. Semoga berjaya.
June 15th, 2008 at 10:50 pm
pergh… 33. sejibik ngan kita. usahawan paling banyak dan lebih kurang kena kerja 80 jam seminggu… hehehehe
jangan tak tido dah laaa
June 24th, 2008 at 1:25 am
Tahniah bro..Selamat dtg ke dunia bizz online..
Semoga Berjaya!
June 29th, 2008 at 12:51 am
bravo bro…u make the great path.
July 10th, 2008 at 1:12 pm
Best nyer dapat pehi Jom seminar.. takkan zero gak kot?
July 14th, 2008 at 3:36 pm
saya pun suka mencuba…. mencabar dan hidup rasa sentiasa bermakna
July 22nd, 2008 at 3:57 pm
hari ke 18 kena suspend. bergaduh sat. hari ke 22 kena skali lg. aihhh. hangin btol…
August 2nd, 2008 at 10:10 pm
semoga berjaya. Kebanyakkan orang yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet melalui jalan dan liku-liku yang sama. Termasuklah saya..sama2 la kita berusaha.
August 2nd, 2008 at 11:01 pm
syabas bro
nanti kita backlink